Ahad, 17 Januari 2016

STABILKAN EMOSI

Assalamualaikum.  

Sebenarnya kita diibaratkan seperti bateri kereta dimana diri kita kena cas setiap hari dan setiap masa. Cara mengecasnya ialah dengan memotivasikan diri. Berbagai-bagai jenis motivasi diri kita boleh dapatkan di pasaran samada dalam bentuk cetakan maupun elektronik.

Motivasi diri amat penting di dalam menaikkan semangat kita di dalam kehidupan harian tak kiralah siapa kita samada pelajar, pekerja swasta maupun pegawai kerajaan.

Setiap hari berbagai-bagai seminar diadakan secara berkumpulan semata-mata untuk memotivasikan diri sesaorang agar lebih bijak dan efektif di dalam menjalankan kehidupan seharian.

Orang yang paling beruntung di dalam kategori motivasi ini ialah orang yang sering mengingatkan orang lain atau pakar motivasi. Ini disebabkan setiap patah perkataan yang berunsur ilmiah dan menaikkan semangat sesaorang datangnya dari dirinya sendiri maka ia terlebih dahulu merasai manfaatnya. Itu sebablah pakar motivasi akan bertambah baik setiap hari tidak kira apapun bidang yang diceburi.

Memberi kata-kata motivasi kepada sesiapa sahaja ibarat membaling bola ke dinding. Lagi kuat kita baling maka lagi kuatlah lantunannya. Maksudnya lebih banyak unsur-unsur motivasi yang kita beri kepada sesiapa sahaja maka lebih banyaklah manfaat yang akan kita perolehi.

STABILKAN EMOSI

Pagi ini penulis ingin berkongsi mengenai emosi yang harus distabilkan setiap pagi sebelum apa-apa tindakan yang diambil samada pelajar maupun pekerja ( saranan oleh pakar motivasi yang terkenal HM Tuah melalui Radio Selangor jam 7.30 pagi ).

APABILA EMOSI STABIL SEMUANYA BERJALAN LANCAR

Setiap pagi bila kita ingin mengadap boss di tempat kerja pasti kita tanyakan kepada p.a.nya...amacam mood boss pagi ni....Ok ke ?. Jelas betapa berpengaruhnya emosi bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang bawahan lain di sekeliling kita.

CARA MENSTABILKAN EMOSI

Terdapat 3 cara utama yang digariskan oleh pakar motivasi negara H.M.Tuah iaitu :

1. Tarik nafas panjang-panjang setiap pagi
2. Minum air suam banyak-banyak
3. Wangikan diri 

Saranan penulis ;

1. Baca Buku Motivasi

Terdapat banyak buku motivasi di pasaran yang ditulis samada oleh pakar motivasi dari Malaysia maupun luar negara terpulang kepada selera pembaca. Saya membelanjakan beratus ringgit setiap bulan membeli buku-buku motivasi untuk diri sendiri dan keluarga.

Insyallah setiap pagi dan setiap hari kita amalkan pasti emosi kita luarbiasa hebatnya sehebat pakar motivasi HM Tuah dan sehebat namanya yang sentiasa bertuah...amin.

EMOSI TAK STABIL HIDUP...

Fenomena cerai-berai kini melanda negara. Kenapa ekkk..?.
Jawapannya sudah pasti ketidakstabilan emosi. Bayangkan perkara yang remeh temeh pun boleh membawa penjeraian. Kalau emosi stabil luarbiasa hebatnya....tok sahkan bercerai..kawin lagi ada kot...2,3,4..hehehe...!!!.

TEKAT TAHUN 2016

Mari kita luarbiasakan emosi kita di tahun baharu 2016. Tahun baharu dengan emosi luarbiasa hebatnya.



(sumber image : https://www.google.com)
Beli dan baca buku HM Tuah
pasti anda bertuah


"BiLAa EmOsI LuArBiAsA HeBaTnYA, PrEsTaSI AnDA JuGA LuArBiAsA HeBaTnYA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan