Isnin, 25 Januari 2016

KENAPA SAYA SERTAI BUSINESS ONLINE

Assalamualaikum.  


Ahad-24.1.16 Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor


Saya ke Karnival Online Networking Entrepreneurs (One) SSM, hari terakhir (musim ke 4). Memang ramai peserta di hari terakhir ini. Tambahan pula adanya penampilan istimewa iaitu artis terkenal tanahair yang juga usahawan online yang telah mencipta nama Fizo Omar.

Beliau tiba jam 3.45 ptg. dan diberi sambutan hangat luarbiasa. Di antara info dari beliau yang boleh dikongsikan bersama pembaca :

1. Beliau menyambung pengajian di Universiti di peringkat 
    PHD di dalam bidang Sosial Media Advertising. 
2. Beliau telah menceritakan kenapa beliau online :
    2a). Terdapat 20juta rakyat Malaysia mempunyai Akaun
            Facebook 
    2b).  Menaikkan hasil jualan secara pantas.
3. Beliau juga menyatakan 'Di mana Ada Masalah Di situ Ada
    Peluang'.
4. Fizo mempunyai 5 buah syarikat termasuk 150 buah gerai 
    jual burger, Restoran dan Cathering.
5. Setiap perniagaan yang dijalankan perlu ada keunikkan
   Kita boleh meniru kerana ianya proses pembelajaran tetapi    kita harus upgrade dan menjadikannya
   suatu branded sendiri.
6. Sesuatu yang unik akan mudah mudah mendapat 'viral'
7. Waktu puncak pengguna internet melalui handphone ialah
    7a).  Waktu pagi ke tempat kerja kerana trafik jam. Waktu
            ini pemandu akan melayari internet termasuk 
            facebook.
    7b). Jam 1 hingga 3 petang iaitu waktu lunch.
    7c). Jam 6 hingga 10 mlm waktu puncak. Mengikut
           kajiannya lebih 80% aktif waktu tersebut.
8.   Lebih 80% pengguna menggunakan smartphone.
9.   Ujudkan Facebook Marketing selain facebook personal.
10. Bina credibility
11. Belajar buat Marketing Online

DI SEKITAR CERAMAH FIZO OMAR





Fizo Omar di hari terakhir 
Karnival Online Networking Entrepreneurs (One) SSM
di Plaza Alam Sentral Shah Alam


Beliau meninggalkan karnival 30minit kemudian kerana ada urusan penting. Dengan hanya beberapa minit beliau telah berjaya memberi beberapa tips kejayaan kepada semua usahawan yang ingin menceburkan diri di dalam perniagaan online networking business.

Semuga bermanfaat kepada semua usahawan 'Business Online'. Jumpa di Kanival Musim ke 5.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan