Rabu, 27 Januari 2016

HARGAI MASA MUDA DAN DEWASA

Assalamualaikum.  


Motivasi pagi ni jam 7.30 pagi melalui Radio Selangor (27.1.16 - Rabu) dari pakar motivasi tanahair HM Tuah tentang pentingnya menjaga masa. Katanya :

Masa muda dan dewasa duit tak da jika masih di bawah tanggungan ibu bapa dan jika dah dewasa duit tak sebanyak mana sebab baru kerja cukup bulan liau.

Tapi bila dah tua duit mungkin banyak sebab dapat duit pencen dan keluarkan dari KWSP. Tambahan pula jika anak semua berjaya dan bergaji besar maka mereka kirimkan duit pasti bertambah-tambah dalam akaun. Namun demikian duit banyak pun tak da makna sebab nak jalan pun tak larat sakit sana sini. Nak ke masjid pun tak larat. Ada yang ke Tanah Suci Mekkah pun tak larat.

Kesimpulannya hargailah masa muda dan dewasa semasa sihat dan kuat untuk beribadat semahunya. Gunakanlah kekuatan rohani dan jasmani untuk beribadat kerana bila dah tua, dah tak larat, nak beribadat pun tak sempat. Itulah dia menyesal dahulu pendapatan dan menyesal kemudian tiada guna.

Taskirah dari pakar motivasi HM Tuah tak sampai 5 minit tapi amat berkesan kepada pendengar Radio Selangor.

Semuga sama-sama kita mendapat manfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan