Khamis, 28 Januari 2016

KEJAYAAN BUKAN KERANA NASIB

Assalamualaikum.  


Motivasi pagi ni jam 7.30 pagi melalui Radio Selangor (28.1.16 - Khamis) dari pakar motivasi tanahair Dr.HM Tuah tentang 'Kejayaan Sesaorang Bukannya Kerana Nasib Semata-Mata'.

Ramai orang beranggapan sesaorang itu berjaya kerana nasibnya memang dah baik atau secara kebetulan.

Di dalam ceramah motivasinya pagi ini Dr. HM Tuah menyangkal sama-sekali bahawa kejayaan sesaorang yang hidupnya mewah dan kaya raya  kerana nasibnya dah memang baik. Mereka telah berusaha sedaya upaya dan telah menghadapi senang-susah, harta disita, kereta ditarik, rumah dilelong dan berbagai pahit-maung telah ditempuhi dan akhirnya kejayaan jua dikecapi.

Beliau memberi contoh seorang hamba Allah di Terengganu dah 14 kali memenangi Cabutan Simpanan Premium. Setelah diselidik pemenang tersebut telah bersusah payah menyimpan duit untuk diri, anak-anak dan keluarga dan akhirnya kejayaan menjelma. Hidup mereka sederhana demi masa depan yang cemerlang dan terbilang.

Jelas menunjukkan adanya daya usaha yang telah dilakukan iaitu menyimpan dan terus menyimpan demi masa depan keluarga. Oleh itu kita disarankan supaya menghindarkan dari sifat dengki khianat yang tidak membawa apa-apa manfaat dimana orang yang dikutuk terus bertambah kaya.


Beliau juga memberi contoh besi yang berat jika di lemparkan ke laut akan tenggelam. Namun besi yang sama beratnya itu jika pandai diolah dan kena dengan masa, tempat serta olahannya akan timbul di permukaan air. Iaitu diolah menjadi sebuah kapal yang  akan timbul di permukaan air walau seberat mana sekali pun.

Kesimpulannya jika kita bijak menggunakan apa saja kepakaran yang ada pasti kita juga akan menempa kejayaan yang diluar dugaan dan luarbiasa seperti cerita besi di atas. Malahan lebih hebat dari mentor kita.

Semuga pembaca semua mendapat manfaat.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan