Assalamualaikum.
Lagu Pahang 'Ngapa Bio Semok' (Lagu Motivasi)
8.00 Pagi Jumaat (15.1.16) selepas habis mendengar celotehan pakar motivasi HM Tuah, Radio Selangor mendendangkan Lagu Longhat Pahang 'Ngapa Bio Semok'. Bila diamati senikata lagu ni...ia betol-betol tekena kepada orang kampong tak kira di mana berada terutama yang mempunyai harta pusaka peninggalan aruah ibu dan bapa. Rumahnya besar, godang dan tanahnya luas berekar-ekar kalu diusahakan pehhh..jutawan segera...tak payah susah-susah tanam ubi keledek pun boleh kaya...tapi apakan daya .....'ngapa bio semok'....Jom kita amati senikatanya.
LAGU MOTIVASI
Lagu Longhat Pahang
Ngapa Bio Semok
Ngapa Mudoh Lepe
Ngapa Mudah Ghalek
Kalanye Ngendok Senang
Kenela Beringat Ingat
Kalanye Ngenok Menang
Kenele Bekerje Kuat
Orang Lepeh Ke Bulan
Awak Dalam Selimut
Orang Naik Kepeterebang
Awak Tengesot Ngesot
Ngape Abih Jue
Paye Pesaka Ngemok
Ngape Bio Reput
Rumah Peningge Ayoh
Ngape Bio Lari
Kerbanya Ado Seko
(sebahagian lerek lagu longhat Pahang
dari album : Anok Semantan)
Lagu boleh dilayari di ;
(https://www.youtube.com/watch?v=gbTIcM1km3c)
(sebahagian lerek lagu longhat Pahang
dari album : Anok Semantan)
Lagu boleh dilayari di ;
(https://www.youtube.com/watch?v=gbTIcM1km3c)
Pendekkan cerita penulis lirik bertanyakan kepada kita..kenapalah biakan rumah semak-samun,kenapalah kita terlalu leka, kalu nak berjaya kena kerja kuat, orang dah ke bulan kita dalam selimut, orang dah naik kapalterbang kita terensot-ensot, kenapa biarkan rumah peninggalan aruah ibu bapa dibiarkan reput dan kenapa ada lembu sekor dibiarkan lari...kenapa ekkkk.?
Pehhhh...ni betol-betol terkena kepada perantau yang tinggalkan kampong halaman begitu sahaja.
Saya senyum sendirian bila mendengar lagu Longhat Pahang di atas...penuh dengan sindiran dan secara tidak lansung memotivasikan sesaorang.
Jika kita ambil keputusan drastik dari lagu di atas...pasti hidup kita berubah sekelip mata. Jangan lupa 'share'kan lagu di atas kepada adik-beradik, saudara-mara, kenalan kita. nanti saya mintakkan pengarang lagu di atas cipta satu lagi lagu berjodol 'Semok Dah Sabit'.
NaPa TuGGu LaGi
NaPa PeGi SaNa SiNi
NaPa PeGi SaNa SiNi
CaRi CaNgKul CaRi GeRgAji
BeRsihKaN RuMaH SenDiRi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan