Jumaat, 29 Januari 2016

BERUSAHA DAN BERWASPADA DI DALAM SEGALA HAL

Assalamualaikum.  


Dr. HM Tuah memulakan motivasi pagi ni jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (29.1.16-Jumaat) dengan memaklumkan kepada DJ Radio bahawa beliau pagi ini beremosi stabil luarbiasa.

Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Mingguan kepada pendengar Radio Selangor iaitu  hari Jumaat, penghulu segala hari.

Pagi ini beliau membincangkan betapa pentingnya berwaspada selepas berusaha menjalankan apa-apa kerja berkenaan profession kita. Dengan berusaha keras sahaja tanpa waspada di akhiran kerja menjadi sia-sia.

Ramai orang berusaha bagai nak rak tapi tak maju-maju, tak kaya-kaya dan yang kaya orang lain. Sering ditipu rakan seperniagaan yang saban tahun tukar kereta dan kita melopong tengok sahaja. 

Sebagai contoh yang jelas diberi oleh Dr. HM Tuah ialah orang yang beribadat. Siang dan malam sembahyang tak tinggal namun tidak berwaspada rukun dan tertibnya maka amalan memakan diri dan sia-sia tanpa pahala.

Contoh kedua yang paling baik diberikan oleh Dr.HM Tuah ialah mengerjakan Haji dan Umrah ke Mekkah. Jelas kedua-dua usaha dan berwaspada memainkan pranan yang penting di dalam mendapatkan Haji Makbur.

Walaupun hanya mengambil masa 5 minit namun tips motivasi yang diberikan oleh Dr. HM Tuah begitu berkesan dan mendalam maknanya.

Beliau mengakhiri tip motivasinya melalui pantun 4 kerat berbunyi :

Ada Madu Ada Lebah
Menjemur Kain Atas Ampai
Ada Usaha Tetapi Rebah
Biar Lambat Tapi Sampai

Semuga bermanfaat kepada kita semua.  
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan