Khamis, 28 Januari 2016

JADILAH SEORANG YANG CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG

Assalamualaikum.  


Motivasi pagi ni jam 7.30 pagi melalui Radio Selangor (27.1.16 - Rabu) dari pakar motivasi tanahair Dr.HM Tuah tentang kejayaan seorang pendaki muda yang 'Cemerlang Gemilang dan Terbilang'.

Dr.HM Tuah terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang pendaki tanahair yang telah berjaya menawan beberapa buah gunung yang tekenal di merata dunia yang menjadikan buku-buku tulisannya sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan cita-citanya untuk menjadi pendaki terhebat.

Beliau merasa terharu kerana penat lelahnya setiap pagi terbayar di depan mata. Beliau menganggap pemuda di atas seorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Beliau juga menyarankan agar kita mencontohi pemuda di atas yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan beliau juga menyarankan kita agar senantiasa cemerlang, gemilang dan terbilang tidak kira apa jua profession yang kita miliki.

Semuga kita semua senantiasa bertuah.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan