Khamis, 18 Februari 2016

MOTIVASI KEJIRANAN

Assalamualaikum.  


Pagi ni En Johar Bukhari memulakan motivasi pagi ini jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (18.2.16-Khamis) dengan memaklumkan kepada DJ Radio tajuk motivasinya ialah 'Motivasi Kejiranan'.

Mukaddimahnya :

Hari Ini Hari Khamis
Beliau Sihat Luarbiasa

Memulakan motivasi paginya dengan memaklumkan pentingnya semangat kejiranan.

Katanya lagi kita lebih kenal kereta jiran, no plat keretanya, warna keretanya, jenis keretanya dari nama tuannya.

Semangat kejiranan penting kerana :

1) Jika sakit jiranlah yang mula-mula akan tolong
2) Jika kereta pancit jiranlah yang akan tolong

Dan begitulah seterusnya...tiada rakan, tiada sanak-saudara yang akan datang tolong kerana mereka mungkin tinggal jauh dari kita dan yang paling hampir ialah jiran terdekat.

Oleh itu berbaik-baiklah dengan jiran di hadapan rumah, di sebelah rumah kiri dan kanan dan di hadapan rumah kita.

Motivasi Kejiranan yang diberi cuma 5 minit namun amat berkesan.

Muga bermanfaat kepada pembaca semua.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan