Isnin, 22 Februari 2016

MOTIVASI PAGI

Assalamualaikum.  


Motivasi pagi ni jam 7.25-7.30 pagi melalui Radio Selangor (22.2.16 - Isnin) dari pakar motivasi tanahair Dr.HM Tuah tentang 'Setiap Yang Menggunakan Jenama ISLAM Perlu Peka' sungguh ringkas dan padat walaupun hanya 5 minit sahaja.



DR. HM TUAH



Katanya lagi setiap yang menggunaka jenama islam misalnya ;

1. Bank Islam
2. Jabatan Agama Islam
3. Kolej Islam
4. Persatuan Islam

dan lain-lain lagi hendaklah sentiasa peka kepada jenama ISLAM yang dibawanya dari segi segala-galanya ;

1. Pakaian
2. Tingkahlaku
3. Image
4. Dan sebagainya

Ini adalah disebabkan ianya mengambarkan semua yang berada di dalamnya dari boss hinggalah kepada pekerja bawahannya hendaklah benar-benar Islamik.

Motivasi pagi ini diilhamkan oleh Dr. HM Tuah hasil dari Kem Motivasi yang baru dianjurkan. Hasilnya sungguh luar biasa hebatnya kerana nama Islamik yang dibawa oleh badan tersebut benar-benar Islamik dari segi tuturkata staffnya, perangainya dan patuh segala tunjuk ajarnya.

Semuga bermanfaat kepada semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan