Jumaat, 26 Februari 2016

MOTIVASI DR. HM TUAH - BERSANGKA BAIK

Assalamualaikum, salam Jumaat.


Motivasi pagi ni jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (26.2.16 - Jumaat) dari pakar motivasi tanahair Dr. HM Tuah tentang pentingnya bersangka baik. Katanya :

Baru-baru ini beliau mengadakan kenduri keluarga di Muar Johor dan menjemput Ustaz Farid sebagai penceramah motivasi. 

Pendekkan cerita Ustaz Farid meceritakan semasa beliau memeluk Agama Islam beliau dihina, dicerca dan dihentak kepalanya hingga berdarah oleh abangnya.

Beberapa bulan kemudian abang yang menyiksanya datang semula untuk bertanyakan tentang Islam, memohon menunjukkannya jalan yang lurus dan bertanyakan kepada Ustaz Farid apakah keburukkan dalam Islam.

Jawab Ustaz Farid tidak ada lansung keburukkan dalam Islam dan akhirnya abangnya memeluk Islam. Apakan daya beberapa minggu kemudian abangnya meninggal dunia.

Tidak berapa lama kemudian ibunya pula memeluk Islam dan ianya juga menimpa ibunya dimana selepas beberapa bulan ibunya meninggal dunia.

Menurut Dr. HM Tuah ;

Dalam hidup kena bersangka baik. Bayangkan betapa bernasib baiknya keluarga mualaf di atas yang akhirnya mendapat keredaan Allah. 

Menurutnya lagi kita kadangkala telah lama menganut Islam belum tentu mendapat hidayah seperti mereka. 

Oleh itu kita disarankan senantiasa bersangka baik terhadap sahabat, saudara mara kita kerana untung nasibnya Allah yang menetukannya.

Teringat penulis satu kisah tatkala Nabi Muhammad SAW melalui kawasan kubur lalu beliau memberitahu sahabatnya beliau melihat ada 10 buah kubur. Di antaranya hanya satu mayat menghadap kiblat yang lainnya lintang pukang.

Tanya sahabat apakah maksudnya ya rasulullah ?

Jawab baginda : Dalam hidup ini hanya seorang dari setiap 10 orang benar-benar mempercayai rezeki itu benar-benar dari Allah.

Semuga ianya bermanfaat kepada semua.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan