Khamis, 18 Februari 2016

KENAPA RESTORAN STARBUCKS SENTIASA PENUH ?

Assalamualaikum.  


Mana-manapun kita pergi Restoran Starbucks sentiasa penuh. Masa penulis kat Dubai, UAE dulu pun macam tu gak sentiasa penuh terutama traveller dari USA. Apakah rahsia di sebalik kepopularitinya ?.

Tak lain tak bukan pasti servisnya yang outstanding. Makanan yang dijual biasa saja sama macam kat Restoran Mak Limah ....ada juga kopi...kekadang Restoran Mak lagi sedap ada masak lemak, ikan bakar....namun dari segi servisnya sukar ditandingi.

Salah satu contohnya di Starbucks ada kemudahan internet yang menjadi daya tarikkannya di samping keselesaan yang disediakan.

Untuk bersaingan di dalam apa jua perniagaan kita haruslah menyediakan kemudahan yang outstanding...insyallah kita pasti ke depan. Banyak juga yang penulis jumpa restoran orang Melayu yang setanding malah lebih baik...tapi berapa kerat sahaja.




STARBUCKS SEKSYEN 9 SHAH ALAM


Restoran Starbucks sek. 9 Shah Alam

Tempat menjamu selera terbuka juga disediakan

Ruang pamiran cenderahati  dan mini library

Penulis sedang update blog.


Ini adalah contoh terbaik yang boleh diikuti sesuai dengan makanan dan minuman yang diniagakan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan