Isnin, 15 Februari 2016

DIRI SENDIRI ADALAH GURU MOTIVASI TERBAIK

Assalamualaikum.  


Pagi ni En Johar Bukhari memulakan motivasi pagi ini jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (15.2.16-Isnin) dengan memaklumkan kepada DJ Radio tajuk motivasinya ialah 'Diri Sendiri Adalah Guru Motivasi Terbaik'.

Mukaddimahnya :

Hari Ini Hari Isnin
Minggu Ke 7 Tahun 2016
Saya Sihat Luarbiasa

Memulakan motivasi paginya dengan menyatakan bahawa diri sendiri adalah Guru, Pakar terbaik memotivasikan diri sendiri berdasarkan ;

1) Hanya diri sendiri memahami 100% masalah yang timbul
2) Pasangan samada kekasih atau isteri/suami tidak akan
    dapat memahami 100% masalah anda.
3) Oleh itu jadilah diri sendiri
4) Berdirilah di atas kaki sendiri

Motivasinya pendek tapi padat. Katanya dirinya termasuklah pakar motivasi di sekeliling hanya 'guideline' dan anda adalah guru motivasi yang sebenarnya untuk diri anda sendiri.

Katanya lagi ;

Kita kena sentiasa FAST

Fikir-Fikirkan
Amalkan
Sebarkan dan
Top up setiap masa



Semuga bermanfaat kepada pembaca semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan