Ahad, 28 Februari 2016

BETAPA PENTINGNYA MENGUSAI ICT

Assalamualaikum,


Seperti yang disarankan oleh jutawan terkenal dunia bahawa seolah-olah tiada perniagaan bagi usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa internet atau perniagaan online.

Dengan itu Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan kira-kira 100,000 ahli persatuan di seluruh negara agar bijak menguasai bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).


SARANAN KUASAI ICT

(BH-28.2.16)

Saranan beliau lagi apa pentingnya ICT ?

1) ICT teras di dalam sektor perniagaan, perbankan, 
    penyelidikan.
2) Membantu Pandu Puteri di dalam menjalankan kursus 
    secara maya atau online.
3) Menjimatkan kos kursus










KEMUDAHAN INTERNET DI PENJARA

Assalamualaikum,


Di zaman yang serba cangih ini internet boleh diperolehi di mana-mana saja anda berada samada di kedai mamak teh tarik, di restoran di stesen bas malah di angkasa lepas.

Terbaru kemudahan internet disediakan di penjara bagi kemudahan banduan melayari internet bagi kemudahan melayari hobi masing-masing maupun menyambung pelajaran secara online yang tertangguh sebelum menjalani hukuman.

Jika dulu masyarakat memandang hina banduan namun kini mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama masyarakat sekeliling. Ilmu serta kemahiran ICT yang mereka perolehi di penjara amat berguna bawa bekalan tatkala dibebaskan kelak.

 KEMUDAHAN INTERNET DI PENJARA




Para Banduan sedang asyik melayari internet
(BH-Ahad 28.2.16)

Kini banduan boleh tersenyum lebar terutama yang masih muda seusia 17 tahun. Mereka boleh membuat perancangan jangka panjang seperti pelajar di luar sana yang seusianya. Kebaikkannya ialah mereka boleh menumpukan pelajaran 100% tanpa gangguan. Mungkin akan menjadi masyarakat yang lebih berilmu dan berjaya.

Inilah kehebatan Internet seperti yang diucapkan oleh Bill Gates...perniagaan tanpa internet ibarat tiada perniagaan.


Sabtu, 27 Februari 2016

Jumaat, 26 Februari 2016

PETUA HILANGKAN DAKWAT TERKENA BAJU

Assalamualaikum,


Terbaca di Akhbar Berita Harian hari ini 26.2.16 camna nak hilangkan dakwat kalu terkena baju. Rasanya pembaca dah maklum tapi ni di antara cara tersendiri.

PETUA HILANGKAN DAKWAT
TERKENA BAJU

(BH-26.2.16)

SALAM JUMAAT DARI SURAU AL ANSOR SHAH ALAM

Assalamualaikum, salam Jumaat.


Salam Jumaat dari Surau Al-Ansor Seksyen 2 Shah Alam Selangor.

Pesanan terakhir Tok Imam.

Nabi Muhammad mengingatkan umatnya bahawa kamu tidak akan sesat jika berpegang kepada Al Quran dan Sunnah ku.


MOTIVASI DR. HM TUAH - BERSANGKA BAIK

Assalamualaikum, salam Jumaat.


Motivasi pagi ni jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (26.2.16 - Jumaat) dari pakar motivasi tanahair Dr. HM Tuah tentang pentingnya bersangka baik. Katanya :

Baru-baru ini beliau mengadakan kenduri keluarga di Muar Johor dan menjemput Ustaz Farid sebagai penceramah motivasi. 

Pendekkan cerita Ustaz Farid meceritakan semasa beliau memeluk Agama Islam beliau dihina, dicerca dan dihentak kepalanya hingga berdarah oleh abangnya.

Beberapa bulan kemudian abang yang menyiksanya datang semula untuk bertanyakan tentang Islam, memohon menunjukkannya jalan yang lurus dan bertanyakan kepada Ustaz Farid apakah keburukkan dalam Islam.

Jawab Ustaz Farid tidak ada lansung keburukkan dalam Islam dan akhirnya abangnya memeluk Islam. Apakan daya beberapa minggu kemudian abangnya meninggal dunia.

Tidak berapa lama kemudian ibunya pula memeluk Islam dan ianya juga menimpa ibunya dimana selepas beberapa bulan ibunya meninggal dunia.

Menurut Dr. HM Tuah ;

Dalam hidup kena bersangka baik. Bayangkan betapa bernasib baiknya keluarga mualaf di atas yang akhirnya mendapat keredaan Allah. 

Menurutnya lagi kita kadangkala telah lama menganut Islam belum tentu mendapat hidayah seperti mereka. 

Oleh itu kita disarankan senantiasa bersangka baik terhadap sahabat, saudara mara kita kerana untung nasibnya Allah yang menetukannya.

Teringat penulis satu kisah tatkala Nabi Muhammad SAW melalui kawasan kubur lalu beliau memberitahu sahabatnya beliau melihat ada 10 buah kubur. Di antaranya hanya satu mayat menghadap kiblat yang lainnya lintang pukang.

Tanya sahabat apakah maksudnya ya rasulullah ?

Jawab baginda : Dalam hidup ini hanya seorang dari setiap 10 orang benar-benar mempercayai rezeki itu benar-benar dari Allah.

Semuga ianya bermanfaat kepada semua.






Khamis, 25 Februari 2016

HARGA EMAS NAIK LAGI

Assalamualaikum.  


Hari ini harga emas naik agak tinggi disebabkan harga minyak turun. Semakin rendah harga minyak semakin tinggi harga emas. Jom beli emas.


HARGA EMAS NAIK



HARGA EMAS NAIK
BILA HARGA MINYAK TURUN

(Keratan : BH-25.2.16)

Isnin, 22 Februari 2016

TQ KWSP

Assalamualaikum.  


Lebatlah kepada kekawan yang tapau duit KWSP tahun depan. Kalu dah dapat tu....jangan lupa teh tarik uneee, roti telur bawang uneeee....tapauuu.

Berita baik dari KWSP
(BH-22.2.16)





MOTIVASI PAGI

Assalamualaikum.  


Motivasi pagi ni jam 7.25-7.30 pagi melalui Radio Selangor (22.2.16 - Isnin) dari pakar motivasi tanahair Dr.HM Tuah tentang 'Setiap Yang Menggunakan Jenama ISLAM Perlu Peka' sungguh ringkas dan padat walaupun hanya 5 minit sahaja.



DR. HM TUAH



Katanya lagi setiap yang menggunaka jenama islam misalnya ;

1. Bank Islam
2. Jabatan Agama Islam
3. Kolej Islam
4. Persatuan Islam

dan lain-lain lagi hendaklah sentiasa peka kepada jenama ISLAM yang dibawanya dari segi segala-galanya ;

1. Pakaian
2. Tingkahlaku
3. Image
4. Dan sebagainya

Ini adalah disebabkan ianya mengambarkan semua yang berada di dalamnya dari boss hinggalah kepada pekerja bawahannya hendaklah benar-benar Islamik.

Motivasi pagi ini diilhamkan oleh Dr. HM Tuah hasil dari Kem Motivasi yang baru dianjurkan. Hasilnya sungguh luar biasa hebatnya kerana nama Islamik yang dibawa oleh badan tersebut benar-benar Islamik dari segi tuturkata staffnya, perangainya dan patuh segala tunjuk ajarnya.

Semuga bermanfaat kepada semua.


Ahad, 21 Februari 2016

MENCARI IDEA BARU

Assalamualaikum.  

Di dalam kehidupan kita setiap hari kita perlu senantiasa melahirkan idea baru. Idea baru ini boleh merubah segala-galanya demi kebaikkan kita, keluarga, bangsa dan negara.

Tips Mencari Idea Baru

  1. Maklumat sediada dikumpulkan
  2. Idea-idea alternative diterbitkan
  3. Aspek-aspek positif idea alternatif tersebut dikenalpasti
  4. Aspek negative, risiko atau bahaya dikenalpasti
  5. Ringkasan penilaian kemajuan
  6. Penilaian alternative yang dipilih
  7. Perasaan terhadap keputusan

Idea Baru Ibarat Golden Brain

GOLDEN BRAIN
            (image:https://www.google.com)

Look Somewhere Else
Finding new ideas is like prospecting for GOLD. If u look in the same old places, you will find tapped out veins. However if you venture off the beaten path, you will improve your chances of discovering new ideas lodes. Where else can you look ?.

Khamis, 18 Februari 2016

KENAPA RESTORAN STARBUCKS SENTIASA PENUH ?

Assalamualaikum.  


Mana-manapun kita pergi Restoran Starbucks sentiasa penuh. Masa penulis kat Dubai, UAE dulu pun macam tu gak sentiasa penuh terutama traveller dari USA. Apakah rahsia di sebalik kepopularitinya ?.

Tak lain tak bukan pasti servisnya yang outstanding. Makanan yang dijual biasa saja sama macam kat Restoran Mak Limah ....ada juga kopi...kekadang Restoran Mak lagi sedap ada masak lemak, ikan bakar....namun dari segi servisnya sukar ditandingi.

Salah satu contohnya di Starbucks ada kemudahan internet yang menjadi daya tarikkannya di samping keselesaan yang disediakan.

Untuk bersaingan di dalam apa jua perniagaan kita haruslah menyediakan kemudahan yang outstanding...insyallah kita pasti ke depan. Banyak juga yang penulis jumpa restoran orang Melayu yang setanding malah lebih baik...tapi berapa kerat sahaja.




STARBUCKS SEKSYEN 9 SHAH ALAM


Restoran Starbucks sek. 9 Shah Alam

Tempat menjamu selera terbuka juga disediakan

Ruang pamiran cenderahati  dan mini library

Penulis sedang update blog.


Ini adalah contoh terbaik yang boleh diikuti sesuai dengan makanan dan minuman yang diniagakan.




MOTIVASI KEJIRANAN

Assalamualaikum.  


Pagi ni En Johar Bukhari memulakan motivasi pagi ini jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (18.2.16-Khamis) dengan memaklumkan kepada DJ Radio tajuk motivasinya ialah 'Motivasi Kejiranan'.

Mukaddimahnya :

Hari Ini Hari Khamis
Beliau Sihat Luarbiasa

Memulakan motivasi paginya dengan memaklumkan pentingnya semangat kejiranan.

Katanya lagi kita lebih kenal kereta jiran, no plat keretanya, warna keretanya, jenis keretanya dari nama tuannya.

Semangat kejiranan penting kerana :

1) Jika sakit jiranlah yang mula-mula akan tolong
2) Jika kereta pancit jiranlah yang akan tolong

Dan begitulah seterusnya...tiada rakan, tiada sanak-saudara yang akan datang tolong kerana mereka mungkin tinggal jauh dari kita dan yang paling hampir ialah jiran terdekat.

Oleh itu berbaik-baiklah dengan jiran di hadapan rumah, di sebelah rumah kiri dan kanan dan di hadapan rumah kita.

Motivasi Kejiranan yang diberi cuma 5 minit namun amat berkesan.

Muga bermanfaat kepada pembaca semua.







Isnin, 15 Februari 2016

HARGA EMAS NAIK LAGI (3)

Assalamualaikum.  

Isu semasa telah melonjakkan lagi harga emas ke paras yang lebih tinggi. 


HARGA EMAS NAIK LAGI




BH-15.2.16


DIRI SENDIRI ADALAH GURU MOTIVASI TERBAIK

Assalamualaikum.  


Pagi ni En Johar Bukhari memulakan motivasi pagi ini jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (15.2.16-Isnin) dengan memaklumkan kepada DJ Radio tajuk motivasinya ialah 'Diri Sendiri Adalah Guru Motivasi Terbaik'.

Mukaddimahnya :

Hari Ini Hari Isnin
Minggu Ke 7 Tahun 2016
Saya Sihat Luarbiasa

Memulakan motivasi paginya dengan menyatakan bahawa diri sendiri adalah Guru, Pakar terbaik memotivasikan diri sendiri berdasarkan ;

1) Hanya diri sendiri memahami 100% masalah yang timbul
2) Pasangan samada kekasih atau isteri/suami tidak akan
    dapat memahami 100% masalah anda.
3) Oleh itu jadilah diri sendiri
4) Berdirilah di atas kaki sendiri

Motivasinya pendek tapi padat. Katanya dirinya termasuklah pakar motivasi di sekeliling hanya 'guideline' dan anda adalah guru motivasi yang sebenarnya untuk diri anda sendiri.

Katanya lagi ;

Kita kena sentiasa FAST

Fikir-Fikirkan
Amalkan
Sebarkan dan
Top up setiap masa



Semuga bermanfaat kepada pembaca semua.

Khamis, 11 Februari 2016

HARGA EMAS NAIK LAGI (2)

Assalamualaikum.  

Isu semasa Global seperti penurunan harga minyak serta konflik di Timur Tengah telah melonjakkan lagi harga emas ke paras yang lebih tinggi setakat pukul 8.45 waktu Shah Alam iaitu  RM 1,777 untuk 10g Emas 999.



HARGA EMAS TERKINI


 (http://usagold.com/)

( https://publicgold.com.my)

( https://publicgold.com.my)




MASA TERBAIK MEMBELI EMAS




Keratan Berita Harian 

Rabu, 10 Februari 2016

IKAN PAUS MENDARAT DI BATU PAHAT

Assalamualaikum.  

Kejadian pertama kali Ikan Paus Mendarat Di Batu Pahat telah mengemparkan penduduk di Pantai Rambah Pontian dan dijumpai mati terdampar di Muara Sungai Sarang Buaya.



IKAN PAUS MENDARAT DI BATU PAHAT





(Petikan : BH - Rabu 10 Feb 2016)










USAHAN ONLINE PENIPU AKAN DIKENAKAN TINDAKAN

Assalamualaikum.  

Tindakan tegas kepada perniaga online yang tidak berlesen. Ayuh daftar segera bagi kemudahan bersama. Ianya akan memberi kelebihan kepada semua terutama peniaga yang memudahkan mereka memperolehi dana yang disediakan kerajaan. 

Saya menulis di sini kerana saya pernah ditipu oleh perniaga online perkhidmatan pembaikkan peti sejuk. Walaupun hanya membayar RM 750 namun ianya amat dikesali kerana mereka menipu dan mendapatkan wang secara mudah. Setelah dibayar bayang-bayang pun tak nampak. 


(Rujukan : Berita Harian)

Selasa, 9 Februari 2016

RENONGAN KUCING SELAMATKAN TUAN

Assalamualaikum.  

Banyak kita dah dengar kisah cerita kucing kesayangan menyelamatkan tuannya. Kali ini cerita di Baling iaitu di Kampong Mengkuang Hujung Mukim Kupang dimana kelakuan kucing jantan yang ke hulu dan ke hilir telah menyelamatkan seorang suri rumah dari dipatuk Ular Tedung Selar yang bersembunyi di rak pinggan mangkuk. Ular ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika terkena patukannya.



KUCING SELAMATKAN TUAN


(Harian Metro - Jumaat 5.2.16)


Ular Tedong Selar



Info Ular Tedong Selar

1) Nama Saintifik : Ophiophagus Hannah
    Ular berbisa dalam keluarga Elapidae
2) Ular berbisa terbesar di dunia
3) Mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter
    (18.3 kaki) sais biasa sekitar 2.8 meter (8 kaki)
4) Mampu mencapai berat sehingga 10 kg. (22 paun)

Keterangan lanjut sila lawat : Wikipedia











HARGA EMAS NAIK LAGI

Assalamualaikum.  

Isu semasa Global seperti penurunan harga minyak serta konflik di Timur Tengah telah melonjakkan harga emas ke paras yang tinggi setakat pukul 12.56 waktu Shah Alam iaitu 
RM 1,741 untuk 10g Emas 999.



HARG EMAS TERKINI





(www.blogger.com)


Isnin, 8 Februari 2016

MALAYSIA MEMANG BOLEH

Assalamualaikum.  


Sebenarnya Malaysia memang hebat di dalam arena sukan tidak kira apa jenis sukan termasuk bolasepak. Terbaharu 2 atlet Lumba Basikal Trek Malaysia dan pemain badminton mengungguli ranking No. 1 dunia yang mana pernah dimonopoli oleh Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David di dalam sukan badminton dan squash.


RANKING NO 1 DUNIA 2016

Sukan Badminton
(Harian Metro)
Pemain cilik badminton Malaysia, Goh Jin Wei berada di ranking No.1 dunia kategori remaja dengan mengumpul 23,450 mata.



 Sukan Lumba Basikal
(Harian Metro)
Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang menduduki ranking No.1 dunia untuk acara keirin. Beliau juga dikenali sebagai 'Pocketrocket Man' yang menggumpul 508 mata.

Khamis, 4 Februari 2016

MOTIVASI KESIHATAN

Assalamualaikum.  


Pagi ni En Johar Bukhari memulakan motivasi pagi ini jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (4.2.16-Khamis) dengan memaklumkan kepada DJ Radio tajuk motivasinya ialah 'Motivasi Kesihatan'.

Mukaddimahnya :

Hari Ini Hari Khamis
Senyumlah Manis-Manis

Memulakan motivasi paginya dengan memaklumkan 1/2 dari rakyat Malaysia mempunyai masalah Obesiti iaitu terlebih berat badan. Tambahnya ;

1) Faktor kesihatan adalah faktor kejayaan.
2) Kita kena jaga kesihatan dengan menjaga makan dan 
    beriadah.
3) Ramai tak serious menjaga kesihatan.
4) Tetapi ramai yang serious jaga makan tapi tak jaga apa
    yang dimakan.

Kita kena sentiasa FAST

Fikir-Fikirkan
Amalkan
Sebarkan dan
Top up setiap masa


Penulis menyarankan untuk mengelakkan kejadian di atas ;

Makan sebelum lapar
Berhenti sebelum kenyang

Semuga bermanfaat kepada pembaca semua