Khamis, 3 Mac 2016

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA SPM 2015 - TIPS KEPADA YANG GAGAL (1)

Assalamualaikum.  


Pagi tadi ke Sekolah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam temankan anak ambil result SPM. Keputusannya alhamdulillah....average. 

Pada yang score...tahniah...pada yang gagal....ianya adalah pencetus kepada kejayaan anda yang luar biasa yang bakal menjelang.

Penulis nak citer sikit masa penulis amik SPM 1979...hanya BM jer lulus (dapat credit 6) yang lain kantoi. Bila gi sekolah kena ketawa ngan guru, ngan kekawan, ngan pengetua....tak pa nanti kau.!!!

Pendekkan cerita, penulis repeat klas sekolah yang sama SIS, Jasin. Penulis cabar diri sendiri....aku akan buktikan kepada diri sendiri.

Alhamdulillah tahun 1980 penulis berjaya mendapat Keputusan SPM Gred 2 dan diterima masuk ke Sek Men Sains Muzzafar Shah Melaka....baru 1 bulan mula klas penulis diterima masuk ke UTM Jalan Semarak di dalam Bidang Senibina...namun demikian ramai juga saudara mara yang berdiri di belakang penulis....Allah tetap balas jasa baik kalian...ima acih.

Bukan nak angkat bakul sendiri....(tapi mana ada orang nak tolong angkatkan bakul kita...kena angkat sendirilah)....tapi nak bagi motivasi luar biasa kepada yang GAGAL.

Pembaca Budiman !!!

Sebenarnya anda bukannya gagal...tapi anda belum lagi menunjukkan kejayaan anda masa ini....seolah-olah anda sedang menyimpan kejayaan tersebut...nanti..nanti tunjukkan....

1) Kepada Diri Sendiri
2) Kepada Guru
3) Kepada Rakan
4) Kepada Keluarga.

Pembaca Budiman !!!

Percayalah bahawa lepas ni pasti anda tidak akan gagal lagi seperti pagi tadi. Kejap jer tu...jangan tunggu lama-lama capai pena mulakan.......

1) Ambil Buku Nota
2) Catitkan Strategi SPM 2016
3) Tuliskan Angan-Angan Anda

3.1) Nak Jadi Doktor
3.2) Nak Jadi Guru
3.3) Nak Jadi Jurutera
3.4) Nak Jadi Arkitek
3.5) Nak Jadi Usahawan Macam Qu Puteh
3.6) Nak Jadi Perdana Menteri
3.7) Nak Jadi Jutawan
3.8) Nak Jadi Pensyarah

4) Dah Ada Angan-Angan Baru Seronok, Bersemangat, 
    Mempunyai Strategi Dan Target.
5) Jumpa kekawan yang berjaya dan puji mereka serta
    dapatkan tips kejayaan.
6) Otak kena sentiasa berfikir
7) Dapatkan Papan Catur dan lawan sesama kekawan bagi 
    mencerdaskan otak.
8) Buka mata bulat-bulat bila guru mengajar...nanti akan 
    teringat-ingat masa exam sedang berjalan.
9) Bawa sebotol air suam (masak mati) setiap hari dan 
    letakkan atas meja...minum selepas guru mengajar kerana     air tadi dapat menyerap kata2 guru.

Pembaca Budiman !!!

Sebagai seorang pelajar anda perlu senantiasa menulis, menulis dan terus menulis tentang nota pelajaran. Buat perubahan yang luarbiasa terhadap kegagalan pagi tadi.

1) Kali ni pukul habis terus masuk Universiti 
2) Kalau boleh dapatkan semua A+ (cabar diri)
3) Atur jadual sendiri
4) Pastikan turun ke padang bersukan setiap petang
5) Jangan tinggal sembahyang
6) Sentiasa bersuka ria seolah-olah baru dapat semua A+
    SPM 2015
7) Bagitau emak dan ayah....jangan risau KALI INILAH..!!!
8) Bagitau diri sendiri....lepas ni no more fail.
9) Bagitau guru...saya akan datang semula ke sekolah ini 
    untuk mendapatkan tandatangan masuk U.
10) Bagitau member yang dapat 9A+.....jumpa kamu di 
      puncak.
11) Bagitau orang di sekeliling anda..saya sedang menuju 
      ke PUNCAK KEJAYAAN.

Pembaca Budiman !!!

Ramai yang telah berjaya dengan sepatah dua kata saya di atas malahan mereka lebih hebat dari saya.

Pastikan pembaca senantiasa memotivasikan diri sendiri dengan motivasi yang sangat luarbiasa.

1) Jadikan hari ini hari bersejarah untuk anda menuju ke 
     PUNCAK KEJAYAAN kerana :

1.1) Ramai orang yang berjaya dan terus berjaya kerana 
       mereka gagal pada mulanya
1.2) Gagal = Kejayaan Yang Luarbiasa
1.3) Gagal = Langkah Petama Menuju Puncak
1.4) Gagal = Anda belum tunjukkan taring lagi
1.5) Gagal = Peringatan Untuk Menuju Puncak
1.6) Gagal = Kita terlupa sekejap
1.7) Gagal = Pakar Motivasi Kita Terhebat


HaNyA OrAnG YaNg BeRaNi GaGaL SaHaJa BoLeH BeRjAyA DaRi OrAnG BeRjAyA













Tiada ulasan:

Catat Ulasan