Selasa, 8 Mac 2016

MOTIVASI PAGI # SELAMAT HARI WANITA

Assalamualaikum, salam Selasa


Macambiasa Motivasi pagi ni jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (8.3.16 - Selasa) dari pakar motivasi tanahair Dr. HM Tuah tentang pentingnya wanita senantiasa anggun sempena HARI WANITA .

Katanya :

Kehidupan wanita memang tidak boleh lari dari masalah seperti ;

1) Masalah bersama suami
2) Masalah bersana kekasih
3) Masalah bersama anak
4) Masalah bersama ibu bapa
5) Masalah bersama rakan kerja
6) Masalah bersama rakan sekolej....

dan kalau nak dikira memang tak terkira.

Namun demikian wanita hendaklah senantiasa anggun bagi menghadapi semua dan sebarang masalah yang timbul.

Kalau wanita senantiasa anggun di rumah...pasti bertambah sayanglah si suami.

Jika wanita yang bernama ibu senantiasa anggun maka seronoklah menantu serta cucu-cicit untuk bertandang ke rumahnya.

Bak kata orang wanita anggun boleh menguasai apa-apa sahaja di sekeliling.

Katanya lagi ;

Wanita hendaklah senantiasa berwangi-wangian terutama bila berada di rumah. Dan jika berada di luar hendaklah berwangi-wangian mengikut tempat dan keadaan.


Semuga bermanfaat kepada semua.



SELAMAT HARI WANITA

Kepada

Isteri saya
Anak perempuan saya
Ibu saya
Kakak saya
Semua adik perempuan saya
Semua sahabat perempuan saya
Semua pembaca perempuan
Semua bekas pensyarah
Semua perempuan di muka bumi

Semuga Anda Senantiasa Anggun



(image-https://www.google.com)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan