Isnin, 7 Mac 2016

SIMPLEKAN KERJA DAN TAMBAH NILAI

Assalamualaikum, salam Isnin


Macambiasa Motivasi pagi ni jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (7.3.16 - Isnin) dari pakar motivasi tanahair Dr. HM Tuah tentang pentingnya menghayati alam pekerjaan.

 Katanya :

Alam pekerjaan sepatutnya menyeronokkan kerana

1) Dapat gaji..dapat duit.
2) Boleh jadi kaya raya.

Tetapi kenapa sesetengah yang bekerja makan gaji maupun bekerja sendiri sering merasa bosan dengan kerjayanya ?

Tambahnya lagi ;

Untuk mengelakkan kejadian di atas tidak timbul maka kita disarankan...

1) Simplekan kerja
2) Tambah nilai kerja setiap hari

Macamana ekk ?

Contoh 1

Kad Touch n Go kalu tak ditambah nilai maka tak berguna lansung dan terpaksa dibuang.

Contoh 2

Roti yang berharga RM 1.80 sekampit akan menjadi mahal jika ditambah nilai misalnya

a) Dijadikan sandwich sadin
b) Dijadikan sandwich ayam
c) Dijadikan sandwich ais krim
d) Dijadikan roti tampal campur telur
e) Dijadikan sandwich kaya

dan berbagai-bagai lagi dan dapat dijual dengan harga melebihi RM 1.80 dengan hanya 2 keping roti.

Begitulah diibaratkan alam pekerjaan yang harus dipermudahkan dan ditambah nilai setiap masa.

Semuga bermanfaat kepada semua.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan