Khamis, 17 Mac 2016

MAKIN KAYA SELEPAS MATI # MEMBANTU YANG HIDUP

Assalamualaikum, 


Bak kata perpatah Melayu :

"HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG
MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA"

Inilah yang terjadi kepada Penyanyi Michael Jackson kesayangan ramai. Walaupun beliau sudah tiada namun asset pasivenya yang berbillion dollar dapat membantu keluarganya yang hidup. Muga kita pun begitu juga.



Khamis, 10 Mac 2016

GAGAL SPM BUKAN BERMAKNA SEGALANYA TAMAT

Assalamualaikum, salam Khamis


Keputusan SPM 2015 masih segar lagi dalam ingatan pelajar. Yang lulus tu tahniah, yang gagal tu bersiap sedia untuk menempa kejayaan yang lebih hebat dan cemerlang.


GAGAL SPM BUKAN BERMAKNA DUNIA DAH KIAMAT


Keratan BH 10-3-16

Rabu, 9 Mac 2016

MOTIVASI # GERHANA MATAHARI

Assalamualaikum, salam Selasa


Macambiasa Motivasi pagi ni jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (9.3.16 - Rabu) dari pakar motivasi tanahair Dr. HM Tuah tentang motivasi pagi hasil dari Fenomena Gerhana Matahari.

Katanya :

Kehidupan seharian kita ibarat Gerhana Matahari. Walau hebat nacamanapun kita dan walau macamana kaya sekalipun kekadang kita dilanda gerhana matahari dan kehidupan menjadi maalap.

Kenapa jadi begini..?

Kata pakar motivasi lagi,

Sebenarnya ingatan kepada kita supaya senantiasa beringat dan jangan sekali-kali melupainya jika berada dipuncak.

Tambahnya lagi...setiap orang mengalami gerhana di dalam hidupnya agar ia senantiasa waspada.

Kata-kata motivasinya cukup ringkas, tepat dan padat walaupun hanya 5 minit bermotivasi.

Semuga bermanfaat kepada semua.










Selasa, 8 Mac 2016

GOLDEN MAN

Assalamualaikum, salam Selasa


Jika anda pernah berjalan-jalan ke Bukit Bintang pasti anda pernah terserempak dengan GOLDEN MAN yang mencuri perhatian pengunjung ke Bukit Bintang Plaza.


GOLDEN MAN


Yang anihnya beliau hanya kaku berdiri ;

1) Tanpa senyum
2) Tanpa berkata-kata
3) Tanpa menyanyi
4) Tanpa memetik gitar
5) Tanpa menjual apa-apa
6) Tanpa mengharapkan simpati...tapi

orang ramai berpusu-pusu mengambil gambarnya dan berdiri di sampingnya.

Itulah dia potensi diri yang ada padanya dan digunakan sepenuhnya. Beliau tidak meminta apa-apa namun orang ramai menghulurkan seringgit dua di atas usahanya.

Ianya lebih mulia dari peminta sedekah...fikir2kan bersama.






MOTIVASI PAGI # SELAMAT HARI WANITA

Assalamualaikum, salam Selasa


Macambiasa Motivasi pagi ni jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (8.3.16 - Selasa) dari pakar motivasi tanahair Dr. HM Tuah tentang pentingnya wanita senantiasa anggun sempena HARI WANITA .

Katanya :

Kehidupan wanita memang tidak boleh lari dari masalah seperti ;

1) Masalah bersama suami
2) Masalah bersana kekasih
3) Masalah bersama anak
4) Masalah bersama ibu bapa
5) Masalah bersama rakan kerja
6) Masalah bersama rakan sekolej....

dan kalau nak dikira memang tak terkira.

Namun demikian wanita hendaklah senantiasa anggun bagi menghadapi semua dan sebarang masalah yang timbul.

Kalau wanita senantiasa anggun di rumah...pasti bertambah sayanglah si suami.

Jika wanita yang bernama ibu senantiasa anggun maka seronoklah menantu serta cucu-cicit untuk bertandang ke rumahnya.

Bak kata orang wanita anggun boleh menguasai apa-apa sahaja di sekeliling.

Katanya lagi ;

Wanita hendaklah senantiasa berwangi-wangian terutama bila berada di rumah. Dan jika berada di luar hendaklah berwangi-wangian mengikut tempat dan keadaan.


Semuga bermanfaat kepada semua.



SELAMAT HARI WANITA

Kepada

Isteri saya
Anak perempuan saya
Ibu saya
Kakak saya
Semua adik perempuan saya
Semua sahabat perempuan saya
Semua pembaca perempuan
Semua bekas pensyarah
Semua perempuan di muka bumi

Semuga Anda Senantiasa Anggun



(image-https://www.google.com)



Isnin, 7 Mac 2016

SIMPLEKAN KERJA DAN TAMBAH NILAI

Assalamualaikum, salam Isnin


Macambiasa Motivasi pagi ni jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (7.3.16 - Isnin) dari pakar motivasi tanahair Dr. HM Tuah tentang pentingnya menghayati alam pekerjaan.

 Katanya :

Alam pekerjaan sepatutnya menyeronokkan kerana

1) Dapat gaji..dapat duit.
2) Boleh jadi kaya raya.

Tetapi kenapa sesetengah yang bekerja makan gaji maupun bekerja sendiri sering merasa bosan dengan kerjayanya ?

Tambahnya lagi ;

Untuk mengelakkan kejadian di atas tidak timbul maka kita disarankan...

1) Simplekan kerja
2) Tambah nilai kerja setiap hari

Macamana ekk ?

Contoh 1

Kad Touch n Go kalu tak ditambah nilai maka tak berguna lansung dan terpaksa dibuang.

Contoh 2

Roti yang berharga RM 1.80 sekampit akan menjadi mahal jika ditambah nilai misalnya

a) Dijadikan sandwich sadin
b) Dijadikan sandwich ayam
c) Dijadikan sandwich ais krim
d) Dijadikan roti tampal campur telur
e) Dijadikan sandwich kaya

dan berbagai-bagai lagi dan dapat dijual dengan harga melebihi RM 1.80 dengan hanya 2 keping roti.

Begitulah diibaratkan alam pekerjaan yang harus dipermudahkan dan ditambah nilai setiap masa.

Semuga bermanfaat kepada semua.










Jumaat, 4 Mac 2016

SALAM JUMAAT DARI MASJID MSU/PTPL SHAH ALAM

Assalamualaikum.  


Salam Jumaat. Hari ini Jumaat 4.2.2016 meeting kat office Engineer, di Seksyen 13 Shah Alam bersebelahan Tesko. 

Lepas meeting jam 1.00 ptg. terus ke Masjid berhampiran iaitu Masjid MSU/PTPL Seksyen 13 Shah Alam. Nampaknya keadaan lengang sebab student cuti semester.

Antara Qutbah Jumaat hari ini ialah Semangat Kejiranan.
Imam menerangkan betapa pentingnya jiran di dalam kehidupan bermasyarakat. Rasanya tajuk sedemikian sering diutarakan oleh ramai pakar motivasi terutama di waktu pagi jam 7.30 melalui Radio Selangor. Kadangkala diulang beberapa kali setiap minggu.

SUASANA DI MASJID MSU/PTPL SHAH ALAM



Jemaah sedang sibuk mendengar Qutbah

Pemandangan di ruang legar bersebelahan masjid




 Pemandangan di ruang legar bersebelahan masjid




Pemandangan di sekitar Kampus PTPL selepas Sembahyang Jumaat


SUASANA MSU/PTPL SHAH ALAM DARI UDARA
(https://www.google.com)

Khamis, 3 Mac 2016

NASI PENYET UPM SERDANG

Assalamualaikum.  


Petang tadi ke UPM, Serdang saja bawak anak ronda-ronda kat Kampus UPS, singgah jap kat kantin UPM pekena Nasi Penyet. Boleh tahan gak, lembut dan menyelerakan. Kalau sesapa singgah jangan lupa 'cuba try test'.


Nasi Penyet UPM Serdang

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA SPM 2015 - TIPS KEPADA YANG GAGAL (1)

Assalamualaikum.  


Pagi tadi ke Sekolah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam temankan anak ambil result SPM. Keputusannya alhamdulillah....average. 

Pada yang score...tahniah...pada yang gagal....ianya adalah pencetus kepada kejayaan anda yang luar biasa yang bakal menjelang.

Penulis nak citer sikit masa penulis amik SPM 1979...hanya BM jer lulus (dapat credit 6) yang lain kantoi. Bila gi sekolah kena ketawa ngan guru, ngan kekawan, ngan pengetua....tak pa nanti kau.!!!

Pendekkan cerita, penulis repeat klas sekolah yang sama SIS, Jasin. Penulis cabar diri sendiri....aku akan buktikan kepada diri sendiri.

Alhamdulillah tahun 1980 penulis berjaya mendapat Keputusan SPM Gred 2 dan diterima masuk ke Sek Men Sains Muzzafar Shah Melaka....baru 1 bulan mula klas penulis diterima masuk ke UTM Jalan Semarak di dalam Bidang Senibina...namun demikian ramai juga saudara mara yang berdiri di belakang penulis....Allah tetap balas jasa baik kalian...ima acih.

Bukan nak angkat bakul sendiri....(tapi mana ada orang nak tolong angkatkan bakul kita...kena angkat sendirilah)....tapi nak bagi motivasi luar biasa kepada yang GAGAL.

Pembaca Budiman !!!

Sebenarnya anda bukannya gagal...tapi anda belum lagi menunjukkan kejayaan anda masa ini....seolah-olah anda sedang menyimpan kejayaan tersebut...nanti..nanti tunjukkan....

1) Kepada Diri Sendiri
2) Kepada Guru
3) Kepada Rakan
4) Kepada Keluarga.

Pembaca Budiman !!!

Percayalah bahawa lepas ni pasti anda tidak akan gagal lagi seperti pagi tadi. Kejap jer tu...jangan tunggu lama-lama capai pena mulakan.......

1) Ambil Buku Nota
2) Catitkan Strategi SPM 2016
3) Tuliskan Angan-Angan Anda

3.1) Nak Jadi Doktor
3.2) Nak Jadi Guru
3.3) Nak Jadi Jurutera
3.4) Nak Jadi Arkitek
3.5) Nak Jadi Usahawan Macam Qu Puteh
3.6) Nak Jadi Perdana Menteri
3.7) Nak Jadi Jutawan
3.8) Nak Jadi Pensyarah

4) Dah Ada Angan-Angan Baru Seronok, Bersemangat, 
    Mempunyai Strategi Dan Target.
5) Jumpa kekawan yang berjaya dan puji mereka serta
    dapatkan tips kejayaan.
6) Otak kena sentiasa berfikir
7) Dapatkan Papan Catur dan lawan sesama kekawan bagi 
    mencerdaskan otak.
8) Buka mata bulat-bulat bila guru mengajar...nanti akan 
    teringat-ingat masa exam sedang berjalan.
9) Bawa sebotol air suam (masak mati) setiap hari dan 
    letakkan atas meja...minum selepas guru mengajar kerana     air tadi dapat menyerap kata2 guru.

Pembaca Budiman !!!

Sebagai seorang pelajar anda perlu senantiasa menulis, menulis dan terus menulis tentang nota pelajaran. Buat perubahan yang luarbiasa terhadap kegagalan pagi tadi.

1) Kali ni pukul habis terus masuk Universiti 
2) Kalau boleh dapatkan semua A+ (cabar diri)
3) Atur jadual sendiri
4) Pastikan turun ke padang bersukan setiap petang
5) Jangan tinggal sembahyang
6) Sentiasa bersuka ria seolah-olah baru dapat semua A+
    SPM 2015
7) Bagitau emak dan ayah....jangan risau KALI INILAH..!!!
8) Bagitau diri sendiri....lepas ni no more fail.
9) Bagitau guru...saya akan datang semula ke sekolah ini 
    untuk mendapatkan tandatangan masuk U.
10) Bagitau member yang dapat 9A+.....jumpa kamu di 
      puncak.
11) Bagitau orang di sekeliling anda..saya sedang menuju 
      ke PUNCAK KEJAYAAN.

Pembaca Budiman !!!

Ramai yang telah berjaya dengan sepatah dua kata saya di atas malahan mereka lebih hebat dari saya.

Pastikan pembaca senantiasa memotivasikan diri sendiri dengan motivasi yang sangat luarbiasa.

1) Jadikan hari ini hari bersejarah untuk anda menuju ke 
     PUNCAK KEJAYAAN kerana :

1.1) Ramai orang yang berjaya dan terus berjaya kerana 
       mereka gagal pada mulanya
1.2) Gagal = Kejayaan Yang Luarbiasa
1.3) Gagal = Langkah Petama Menuju Puncak
1.4) Gagal = Anda belum tunjukkan taring lagi
1.5) Gagal = Peringatan Untuk Menuju Puncak
1.6) Gagal = Kita terlupa sekejap
1.7) Gagal = Pakar Motivasi Kita Terhebat


HaNyA OrAnG YaNg BeRaNi GaGaL SaHaJa BoLeH BeRjAyA DaRi OrAnG BeRjAyA













Rabu, 2 Mac 2016

MOTIVASI KEKELUARGAAN

Assalamualaikum.  


Pagi ni En Johar Bukhari memulakan motivasi pagi ini jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (2.3.16-Rabu) dengan memaklumkan kepada DJ Radio tajuk motivasinya ialah 'Motivasi Kekeluargaan'.

Mukaddimahnya :

Memulakan motivasi paginya dengan memaklumkan pentingnya semangat kekeluargaan.

Kita perlu makan bersama
Basuh pinggan mangkuk bersama tolong isteri
Menguruskan anak bersama membatu isteri
Membersihkan rumah bersama anak-anak dan isteri
Pendek kata berkongsi segala-galanya bersama keluarga

Rumah kia adalah tempat kita bersama keluarga berehat, bermesyuarah serta berkongsi segala-galanya.

Jika rumah kita bersih luar dan dalam maka kita akan berkongsi dalam keadaan nyaman tenang serta mengembirakan.

Motivasinya pendek, ringkas serta mantap.

Semuga bermanfaat kepada semua.