Ahad, 26 Jun 2016

HARGA EMAS NAIK LAGI

Assalamualaikum, Salam Ahad  (26.6.16)


Berita baik bagi pelabur EMAS dimana petikkan dar CNBC mengatakan EMAS bakal mencecah $1,400/ouns dan Jumaat lepas emas naik kira-kira RM 12/g...satu kenaikkan yang tinggi sejak 2 tahun lepas.

Bagi mereka yang telah melabur secara pajak gadai di Ar Rahnu pasti senyum lebar.


"Fed caution, Brexit risk boosting gold price, with $1,400 a possibility, says ANZ"

(PETIKAN : CNBC)


GRAF KENAIKKAN EMAS JUMAAT - 24.6.16
(www.kitco.com-Publig Gold0

Jumaat, 24 Jun 2016

SALAM JUMAAT DARI SURAU SEK. 2 SHAH ALAM

Assalamualaikum, salam Jumaat dari Surau Seksyen 2 
Shah Alam.


Salam Jumaat dari Surau Al-Ansor Seksyen 2 Shah Alam Selangor.



PEMANDANGAN BAHAGIAN DALAM SURAU SEKSYEN 2, SHAH ALAM.


Pesanan berguna Tok Imam secara ringkas di Qut'bah Jumaat :

"Kekadang Allah Memberi Kekayaan Kepada Kita Bukan  Dalam Bentuk Wang Ringgit"

 Ianya Dalam Bentuk :

1. Anak berjaya di dalam pelajaran
2. Kesihatan baik yang luarbiasa
3. Dan lain-lain.

Semuga bermanfaat kepada semua.


MOTIVASI PAGI

Assalamualaikum, Salam Juma'at dan Ramadhan Al Karem
(24.6.16)


Pagi ni En Johar Bukhari memulakan motivasi pagi ini jam 7.25 pagi melalui Radio Selangor (24.6.16) dengan memaklumkan kepada DJ Radio tentang 'Malam 10 Yang Terakhir Bulan Ramadhan'.

Mukaddimahnya :

Memulakan motivasi paginya dengan memaklumkan dirinya sihat luarbiasa.

Perkongsiaannya tentang pentingnya mengambil peluang di malam 10 yang terakhir agar ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin agar kita ditemukan di malam 1001 malam yang dikenali sebagai 'Malam Lailatulkadar'.


Katanya lagi ;

Kita kena sentiasa FAST

Fikir-Fikirkan
Amalkan
Sebarkan dan

Top up setiap masa


Motivasinya pendek, ringkas serta mantap.

Semuga bermanfaat kepada semua.

Sabtu, 11 Jun 2016

SALAM JUMAAT DARI MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ JALAN TEMPLER PETALING JAYA

Assalamualaikum, Salam Juma'at (10.6.16)


 "FADILAT MEMBACA QUR'AN"


Qutbah Juma'at hari ini bersempena bulan puasa, imam memberi qutbah cukup ringkas dan padat berkenaan manfaat serta fadilat membaca Al Quran.

Di antara Fadilatnya :

1. Menjadi Shafaat pembaca di hari Qiamat
2. Kedua Ibu Bapa pembaca diberi penghormatan oleh Allah
3. Setiap huruf yang dibaca diberi pahala

Sebenarnya terdapat banyak lagi Fadilat membaca Al Quran yang disediakan Allah.

Muga kita menjadi seorang pembaca Al Quran.


Muga kita menjadi seorang pembaca Al Quran.